Saturday, August 29, 2009

ANTARA HUKUM & FESYEN



Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah
menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang
bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang
bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah
itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Wednesday, August 12, 2009

Hukuman Sebat Untuk Peminum Arak


Al Hujurat ayat 6 : Hai orang2 yg beriman, jika dtg kpdmu org fasik membawa suatu berita,maka periksalah dgn teliti, agar kamu tdk menimpakan suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Sumber Dr Lo Lo

Monday, August 10, 2009

'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu'

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

> Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

> Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

> Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

> Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

> Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

> Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

> Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."

"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.

Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

Saturday, August 8, 2009

Sujud




Hikmah sujud antara lain ialah:
1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :
1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang Lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur ..
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik(smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompadarah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTEIOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapanPencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Friday, August 7, 2009

Pepsi & Coke

What does Coca-Cola have that other sodas do not? In: Carbonated Beverages Protected question How Coke is Unique Coca-Cola used to have cocaine in it before cocaine became illegal. The flavouring in Coca Cola was origionally partially derived from the leaves of the plant from which cocaine is made. "Spent" leaves were used, meaning that they were treated to remove all traces of cocaine. I believe it's called the "coca" plant in it's native South American habitat. Here are more suggested answers to this question: * A shiny red can that reads, "Coca-Cola" * Good taste and flavour. * I am always puzzled by people who maintain that Coca Cola has this or that nasty ingredient in it, or that it has something in it that is highly secret and very bad for people.

As if the FDA would tolerate that. Essentially, it is carbonated water, sugar/corn syrup, and flavourings. If you read the list of ingredients, and look them up, you'll find that there isn't even anything artificial in it. The coloring is "carmelized sugar". That's just sugar heated until it turns brown. Even the preservative in it, ascorbic acid, is natural. That's just another name for Vitamin C. Look it up, don't take my word for it. The most persistant bugaboo I hear is the tired old yarn about how Coca Cola once dissolved a nail that was dropped in a glass of it. Hogwash. Sheepdip. Or, if you prefer, Baloney.

One of the ingredients in Coke is carbonated water. That is, water infused with CO2 under pressure, to make it bubbly. Adding CO2 to water produces a small amount of carbonic acid. This is not anywhere near as strong as the hydrochloric acid that your stomach naturally produces. Under another name and in a much stronger form than your stomach makes, muriatic acid, it's used to clean swimming pools. That's why sparkling water, or carbonated water, has a little "bite" to it. Lest you think that's dangerous, try gargling with pure vinegar sometime. That's acid too. So is a tomato, as far as that goes. Over a LONG period of time, if you kept adding new coca cola to the glass, it would conceivably dissolve a nail, but it would take years. However it would be the carbonation that did it, not anything unique to Coca Cola.

I've heard all the old blooey about using Coca Cola to clean battery terminals on car batteries and so on too. Plain carbonated water would do the same thing. It's liquid, and it fizzes. Pretty sinister, huh? Pepsi used to have Pepsin, an herbal digestive aid, in it. Coke had trace amounts of cocaine in it, way back when, before anyone knew much about it. I imagine that it did, by golly, make you feel refreshed. However, that was then, and this is now. Coca Cola is just a soft drink. It's not intended to be a mainstay of your nutritional intake. It's not intended to be consumed by the bucket. The standard serving is still 6 ounces. Drinking a gallon of Coke a day, or eating three peach pies a day, would both probably cause health issues over time.

Coca Cola is, as a Presidential commendation once stated, "a decent thing, honestly made." So, if you feel like having a Coca Cola, don't let all the nonsense floating about deter you. All things in moderation. Drink up. * Isn't it the American drink? So, Coke is patriotic. * Billions of dollars in marketing. * Some people think they're addicted to some secret ingredient in Coke. It's either the caffeine or sugar they're addicted to. The symptoms you describe are not unusual in people who are suddenly cut off from that popular addictive substance. * Coca-Cola and Diet Coke have exactly 45.6 mg caffeine per 12-oz. serving. Every other soda has slightly more or less. (Data obtained from the National Soft Drink Association) * Phosphoric acid (H3PO4) is also added to Coke and Pepsi. *

The cola nut adds the caffeine to Coca-cola. Caffeine naturally occurs in the Kola nut. Standard colas are usually flavored with an orange-lemon-lime behind the vanilla, coca and kola tastes. Coke is more orange-based while Pepsi is more lemon-flavored. Also, the sugar and carbonation is different, with Pepsi being sweeter and flatter. In my opinion, and not only my, Coca-Cola tastes the best. A glass of Coke just has that little bit more. That "little bit more" is called 7X. And until now, no other cola could be equal to Coca-Cola tanks to that secret formula.The coca extract in Coca-Cola contains caffeine. Since 1903, Coca-Cola has gone through great trouble to remove the cocaine from its coca leaves. The current "decocanization" of coca leaves cannot remove all cocaine. However, the amount of cocaine in Coca-cola is so incredibly minute that is cannot be easily measured, and for all practical purposes, modern Coca-Cola is cocaine-free.

Outside the US, the Coca-Cola Co. does use real sugar for their products. However, it is possible that Coke outside the US tastes different. That's because the Coca-Cola Co. uses regional water to mix with their syrup. So their could be a minor difference between the Coke I drink in Belgium, and the Coke somebody else drinks in another part of the world.It is indeed true that (Classic) Coke is certified as kosher. (I can't vouch for other kinds, but since soft drinks contain no animal products, I would assume that the other non-diet varieties of Coke are kosher too, and probably even the diet varieties, if artificial sweeteners get the nod.)

However, there is a difference between "Kosher" and "Kosher for Passover". Since corn (and hence corn syrup) is not kosher *during Passover,* Coke which is Kosher for Passover is *guaranteed* to contain *real sugar!* Since many people believe that Coke tastes much better when sweetened with sugar as compared to corn syrup, catching a mother lode of Coke around Passover time is a good way to get a more perfect product. But apparently only communities with some threshold number of Jewish people get the stuff from the distributors, hence "the search". *

COCA COLA� CLASSIC Ingredients: "High Fructose Corn Syrup and/or Sucrose, Water, Caramel Color, Phosphoric Acid, Natural Flavors, Caffeine. Natural flavors from plant and animal sources." One of the natural flavors from plant and animal sources is glycerine which is commonly made from animal fat. There's your secret 'nasty ingredient' Coca Cola also used to contain Pepsin, which has pigs blood in it. (this is also where Pepsi got its name from).

Thursday, August 6, 2009

Lawak..













Emak Minah :

"Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah.

Mat :

"Saya paham maksud makcik... tapi saya harap makcik pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat...

Emak Minah :

Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."

Mat :

"Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini..... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA..... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"